1. MENCUKUR ALIS (kening)
Mencukur alis untuk membuatnya kecil dan lancip. Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan adalah bentuk pencukuran bulu yang ada diwajah secara umum.
Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Alqamah daripada Abdullah dia berkata: "Allah swt melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu tubuhnya dan mencukur alis dan yang minta mencukur alisnya dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah swt."
Namun, kita dibolehkan untuk mencukur alis atau bulu di wajah yang mendatangkan mudarat atau memalukan seprti tumbuh misai atau janggut.
2. MENYAMBUNG RAMBUT
Satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Asma' binti Abu Bakar, dimana dia berkata: "Ada seorang wanita yang datang menemui Rasulullah dan dia berkata: 'Wahai Rasulullah! Sesungguhnyaseorang anak perempuan saya akan dinikahkan, tetapi dia jatuh sakit hingga rambutnya gugur. Apakah boleh saya menyambunnya?'"
Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita yang menyambungkan rambutnya dan yang meminta disambungkan rambutnya."
Contoh yang amat senang tentang penyambungan rambut ni. Rambut palsu atau wig. Dan dah ade rawatan untuk tanam rambut dah sekarang. Jadi??
3. TATU
Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambungkan rambutnya dan wanita yang mentatu dan yang meinta untuk ditatu".
Tatu (wasym) adalah dilakukan dengan cara memasukkan jarum di punggung tapak tangan atau pergelangan tangan, atau dibibir dan selainnya daripada badan wanita, sehingga darah mengalir dan setelah itu diberi corak atau cap sehingga menjadi biru. Kemudian diukir, baik sedikit atau dalam jumlah yang banyak. Baik yang bersangkutan melakukannya sendiri atau meminta orang lain untuk mentatunya, maka itu adalah perbuatan yang haram.
4. MERENGGANGKAN GIGI
Merenggangkan gigi atau kita pakai pendakap gigi dengan tujuannya untuk menjadi dan kelihatan cantik. Bukan kerana memudaratkan atau sakit.
Jika tujuan kita melakukannya untuk cantik, haram jatuhnya. Kalau tujuan kita untuk kesihatan atau kerana kecacatan pada gigi dan sebagainya, jadi tak salah.Kerana telah diriwayatkan oleh Alqamah daripada Abdullah dia berkata: "Allah swt melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu tubuhnya dan mencukur alis dan yang minta mencukur alisnya dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah swt."
"Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah!"
Surah Al-Hasyr, ayt 7
Jadi para sahabat muslimah diluar sana, sama-sama kita titik beratkan apa yang halal, apa yang haram kita lakukan. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu dan kita sering alpa untuk mengawalnya. Biar kecantikan kita untuk yang berhak sahaja. Biar kecantikan kita itu dinilai di mata Alla kerana Allah yang menciptakan kita semua. Kalau kita mengubah ciptaanNya, beerti kita tak bersyukur dan merasa tak sempurna ciptaan Alla itu. Kerana kecantikan, keindahan bukan sahaja berdasarkan paras rupa, tapi dari iman kita pada Yang Maha Mencipta. Wallahu'alam.
assalamualaikum...akak nak tanya,macam mana kalau pakai henna yang lukis kat tangan tuh adakah menyerupai tatu??
ReplyDeletekite tgk balik apa makna tatu tu..tatu ni memasukkan jarum dan warna ke dalam bdn..dan meninggalkan tanda yang kekal..inai tidak..tp jgn la pkai inai bercorak binatang atau yg x spatutnya yg blh mndtgkan fitnah..lukisan inai di tgn jgnla d pkai melebhihi pergelangan tgn.. :)
ReplyDelete