Maaf sebab bab kedua ni lambat di sambung. Atas sebab musabab tertentu,baru hari ni berkesempatan nak sambung tentang rukun iman. Dalam bab 1 kita dah bincang tentang rukun iman yang pertama iaitu beriman kepada Allah. Hari ni kita bincang tajuk baru, rukun iman yang kedua:
Beriman kepada Malaikat.
"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
SURAH AL-BAQARAH-AYAT 3
Beriman kepada perkara ghaib. Allah dah sebutkan awal-awal lagi dalam Al-Quran tentang tu. Malaikat merupakan ciptaan Allah dari cahaya terpelihara dari segala maksiat. Mereka tidak perlu makan dan minum,mereka juga tidak berjantina. Mereka juga boleh menjelma dalam apa sahaja rupa dengan izin Allah.
Kita harus ingat. Kita selalu kata sunyi bila sorang sorang. Kita selalu lupa Allah tak biarkan kita sorang-sorang. Allah letak malaikat Raqib ( mencatat amalan baik) dan malaikat Atid (mencatat amalan buruk) di kanan dan kiri kita. Kita tak pernah dibiarkan keseorangan. Ingat kisah perang Badar? Hanya dengan 313 tentera Islam, berlawan dengan 900-1000 tentera quraisy, tentera Islam menang dengan bantuan Allah SWT.
"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan badar, sedang kamu berkeadaan lemah(kerana sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu.
SURAH ALI IMRAN-AYAT 123
"(Ingatlah wahai Muhammad), ketika Engkau berkata kepada orang-orang yang beriman(untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?"
SURAH ALI IMRAN-AYAT 124
Jadi, jangan kita tinggalkan rukun iman yang kedua tu. Beriman kepada malaikat. Buatlah apa yang Allah perintahkan,tinggalkan lah yang telah dilarang.. :)
No comments:
Post a Comment