Manusia pada asanya adalah makhluk yang mulia. Selain diberikan bentuk tubuh (jisim) yang semourna (surah At-Taghabun ayat 3 dan surah At-Talaq ayat 4), manusia turut dibekali potensi ruhiyah iaitu rohani (surah Asy-Syams ayat 8) dan aqliyah iaitu akal (surah An-Nahl ayat 78,surah As-Sajdah ayat 2). Bukan itu sahaja, manusia turut diberikan potensi luaran iaitu dengan diturunkan Nya hudan iaitu bimbingan (surah Al-Balad ayat 10 dan surah Ar-Rum ayat 30). Mempelajari ilmu dalam Islam tidak hanya bagi diri kita cerdas, pintar dan bermanfaat untuk umat, namun lebih daripada itu. Menuntut ilmu itu memerlukan manusia mencapai tahap keyakinan adanya Wajibul Wujud iaitu Allah. Itulah hakikat menuntut ilmu yang sebenar, yakni akal kita mencapai akal gharizi, iaitu gerak kahti.
Adanya alam menunjukkan adanya proses penciptaan. Adanya proses penciptaan tentunya membuktikan adanya Pencipta. Akal dan hati yang jernih seharusnya memahami alam tidak terjadi dengan sendirinya dan tidak mungkin Penciptanya mengalami proses daor dan tasasul (redha), namun awal dan hujungnya pada satu titik, iaitu Allah.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah untuk orang yang berakal, iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi sambil berkata, 'Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka' "
SURAH ALI-IMRAN-190-191
Namun sudah menjadi sunatullah apabila ada dalam kalangan sebahagian manusia yang tidak menggunakan pancaindera ini, sehingga akhirnya digolongkan ke dalam tingkatan yang rendah (binatang) dan dimasukkan ke neraka. Na'audzubillah.
" (Denagn sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan hati serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan untuk mereka disediakan azab seksa yang besar"
SURAH AL-BAQARAH-7
No comments:
Post a Comment