Sunday, July 28, 2013

Iman kita.. Bab 1..

Assalamualaikum wbkt..

Para pembaca, muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Sekali lagi diberi peluang untuk sama-sama berkongsi sedikit coretan untuk kita renungkan bersama. Penulis bukan kata penulis ni bijak pandai. Tapi bila kita mengingati antara satu sama lain, dalam masa yang sama kita mengingatkan diri kita jugak. Kali ni nak bercerita atau berkongsi tentang iman. Rukun iman kita ada 6 iaitu:


1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab
4. Beriman kepada para Nabi dan Rasul.
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada qada' dan qadar


 "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul Nya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya(Muhammad s.a.w) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh"
(Surah An-Nissa'-136)




Untuk bab yang ni kita bincang tentang rukun iman yang pertama. Beriman kepada Allah. Kita percaya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Allah itu hanya satu. Allah tidak berwajah, tidak berbentuk dan Allah ada di mana-mana sahaja. Sentiasa memerhatikan hamba-hamba Nya setiap saat. Tapi kita, ingatkah kita pada Nya setiap saat? Allahuakhbar.. Sedangkan solat pun kita kadang-kadang terlepas. Betapa hinanya kita. Betapa kecilnya kita. 

Beriman kepada Allah bukan hanya sekadar dengan kata-kata sahaja. Tapi kita harus percaya dan yakin dengan hati kita. Dan bukan itu saja, harus kita terapkan dalam perbuatan kita. Laksanakan segala hak-hak Allah dan kita tinggalkan segala larangan Nya.

Dengan sikap kita yang macam tu pun, Allah masih beri peluang pada kita. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha segala-galanya. Ingat ayat An-Nissa'-136 di atas. Sesiapa yang kufur, ingkar dengan rukun iman ini, walau 1 rukun iman kita tak percaya, sesungguhnya kita dah tersesat jauh. Jumpa lagi di bab yang kedua InsyaAllah..







No comments:

Post a Comment