Tuesday, September 3, 2013

Jangan Sombong

Bertanyalah (wahai Muhammad ): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "( Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan mengampunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
Surah Al-Anaam-ayat 12.

Manusia Allah beri peluang untuk mentadbir bumi ini. Walaupun telah ditulis dalam Al-Quran bahawa manusia akan membawa kerosakan kepada bumi, Allah Maha Mengetahui. Allah ingin melihat menguji manusia. Segala panduan telah allah beri dalam Al-Quran dan sunnah. Dari bagaimana terjadinya manusia, sehinggalah ke undang-undang, segala hukum-hukum, tentang alam semesta bahkan tanda-tanda kiamat juga telah disebut, telah diterangkan satu-satu dalam Al-Quran.

Namun, kita lihat pemerintah kita mentadbir. Tak kira di Malaysia, mahupun luar Malaysia. Tak kira di mana sahaja negara di bumi ni, Tak ada satu negara pun yang mengikut 100% apa yang Allah perintahkan. Perintah Allah bukan separuh boleh ikut,separuh tak payah ikut. Hanya kerana DARJAT,PANGKAT DAN HARTA, mereka sanggup meninggal suruhan Allah dan melakukan larangan Allah. Apa ada pada darjat, pangkat dan harta?? Di akhirat kelak, di padang masyar, Allah takkan pandang pandang siapa yang banyak duit, siapa yang ada harta yang banyak. Orang yang hanya kaya harta sahaja, tdak dipandang. Tapi Allah akan nilai kita dari amalan yang kita lakukan. Hanya amalan yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Amalan lah harta kita di akhirat kelak. 

Kerana darjat dan pangkat, orang yang berada di kelas bawahan ditindas, dihina. Dan kerana darjat dan pangkat juga, mereka sanggup meninggalkan suruhan Allah dan melakukan larangannya. Sampai bila kita nak hidup macam tu? Allah kalau nak tarik nayawa kita, bila-bila je. Tak semestinya kita sakit, Kita akan mati. Tak semestinya kita sihat, kita tak boleh mati.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: " Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah wahai Muhammad:"Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah dari sisi Allah". maka apakah yang menyebabkan kaum itu tidak itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"
Surah An-Nisaa-ayat 78

Jadi, Janganlah kita terlalu bangga dengan darjat pangkat yang kita ada. Kita semua sama je. Hamba Allah yang kerdil, yang banyak melakukan kesilapan. Kalau di dunia kita ade rumah banglo, nanti mati kita duduk kubur sempit jugak. Kalau di dunia kita ada BMW, mati nanti kita naik van jenazah juga. Kalau di dunia kita pakai sutera beribu, nanti mati kita pakai kain kapan putih jugak.. Sama macam orang lain jugak. Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Jangan kita menyombong diri. Rezeki yang kita dapat tu, bukan untuk kita saja. Kita kena kongsi juga dengan yang memerlukan. Istiqamah melakukan perkara-perkara yang menambah amalan kita. Semoga kita sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment