Bermula dengan kisah diri saya sendiri. Saya mula berhijrah. Dan Alhamdulillah penghijrahan saya mendapat respon positif dari keluarga, saudara terdekat dan sahabat handai. Namun, ada segelintir yang mempersoalkan. Pertanyaan seperti, "sambung belajar kat mana sampai pakai niqab tudung labuh?", "kenapa pakai?" , " Tak segan ke?", "kau dah kenapa macam ni?". Mata mereka seolah olah tidak selesa dengan pakaian saya. Kenapa, saya dedah aurat saya ke? Saya ada melakukan perkara yang salah ke? Saya sentiasa menerima teguran dengan hati terbuka dengan setiap kesalahan yang saya telah lakukan. Maaf jika anda tidak selesa dengan penampilan saya. Kerana saya rasa InsyaAllah tiada yang salah dengan apa yang saya buat ni.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, "Islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing seperti permulaannya, maka berbahagialah untuk mereka yang terasing itu."
(Hadis riwayat Muslim)
Kita betul-betul faham tak hadis ini? Sama-sama kita kongsi ilmu di sini ye.. Pada awal zaman bangkitnya Islam, segala amalan Islam kelihatan janggal oleh masyarakat sekeliling. Masyarakat sekeliling yang kita itu berzina, minum arak, menyembah berhala, menindas wanita dan sebagainya. Kita imbau balik zaman Nabi kita dan para sahabat. Wanita yang ditindas, dimuliakan Nabi dan para sahabat. Hamba yang dipandang hina, mereka anggap sebagai saudara mereka. Nabi dan para sahabat lebih rasa terasing. Tiada urusan jual beli dengan orang Islam. Tiada sekuntum senyuman buat orang Islam. Bertegur sapa apatah lagikan. Umat Islam dianggap musuh.
Tapi, hasil usaha keras berdakwah,hasil istiqamah, berjihad, menjaga hubungan dengan Allah, Islam makin berkembang dan digeruni. kerajaan Islam di Madinah, berlaku fathu Makkah, naik empayar Umayyah, kemunculan empayar Abassiyah dan diganti empayar Uthmaniyah. Islam dah tak terasing. Makin berkembang pesat di seluruh pelosok dunia. Segala kemungkaran dicegah tanpa malu. Solat jemaah, wanita menutup aurat, bukan lagi sesuatu yang pelik.
Tapi sekarang Islam kembali kepada permulaannya. Kembali dianggap pelik, dipandang janggal, dilihat asing. Saat wanita yang bangga meluruskan rambut,memakai seluar ketat, segelintir lelaki berjubah dan berserban, wanita bertudung labuh,berpakaian longgar dan berniqab, dianggap "old-fashioned" . Banggakah anda dengan fesyen dunia tu? Lelaki dan wanita yang menyembunyikan tangan mereka dikatakan tak "open minded". Manusia sekarang bangga dengan hukum manusia, sejumlah kecil mempertahankan hukum Tuhannya. Sedang seronok manusia menghafal segala lirik lagu, jalan cerita dan drama, sekelompok kecil menghafal Al-Quran dan Hadis peninggalan Rasulnya.
"Maka mengapa tidak ada daripada umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerosakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa."
(Surah Hud,ayt 116)
Kita yang sebahagia kecil yang terasing ni tak perlu nk rasa rendah diri. Teruskan usaha untuk menegakkan yang benar, menumpaskan yang salah. Berbahagialah diri kita dengan melakukan segala perintah Allah dan mengamalkan segala sunnah Rasulullah.
"Dia (iblis) berkata, "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau memuliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."
(Surah Al-Isra',ayt 62)
Islam "akan kembali terasing sebagai sepertimana permulaanya" . Zaman mana yang disebutkan di dalam hadis tersebut? Kita sedar tak di zaman mana kita berada sekarang? Kita sedar tak berapa banyak masa lagi yang kita ada? Kita sedar tak apa tandanya jika Islam kembali asing seperti dulu? Allahuakhbar..Subhanallah.. Semoga Allah memberi kesedaran kepada kita. Semoga golongan yang kecil ini membawa kesedaran pada golongan yang besar. Kepada yang berasa asing apabila membuat segala perintah Allah,apabila mengikut sunnah Rasulullah SAW,jangan kita sedih dan kecewa apabila dipandang asing oleh mata manusia. Tapi kita perlu sedih dan kecewa jika kita dipandang asing oleh Yang Maha Esa..Wallau'alam..

No comments:
Post a Comment