Harga diri wanita sangat tinggi nilainya pada kaca mata Islam. Allah SWT mengangkat darjat wanita daripada objek seks kaum lelaki kepada makhluk yang terpuji. Demikian kata-kata Allah dalam surah Al Ahzab:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Ayat 59.
Perempuan-perempuan di kota Mekah suatu ketika dahulu sebelum wujudnya Islam tidak lebih daripada objek seks. Sama seperti yang dipraktikkan kini oleh kebanyakan negara seantero dunia. Perempuan dinilai dari segi fizikal mereka semata-mata. Pada giurnya bentuk tubuh badan mereka, pada merahnya bibir mongel mereka. Bukan pada akhlak, kecerdikan dan lemah lembut mereka. Itu adalah sebelum kedatangan Islam. Pada ZAMAN JAHILIAH. Tapi ade sebilangan wanita sekarang pun ade yang macam tu kan? Tak kira dari negara mana pun. Dan take note ye, manusia yang melakukan apa yang dizaman jahiliah dulu adalah salah satu tanda kiamat.
Perempuan ditutntut menjadi begitu dan begini mengikut acuan tertentu hinggakan ramai yang menjadi mangsa. Mangsa diet, fesyen dan pelbagai jenama lain yang tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengaut keuntungan sahaja. islam muncul untuk membebaskan wanita daripada semua itu.
Islam muncul untuk membebaskan manusia daripada menghukum dan menekan manusia lain serta mengajak manusia supaya menghargai kecantikan azali dan peribadi. Allah SWT menyuruh kaum lelaki supaya menghormati kaum perempuan. Harta yang dahulunya langsung tidak layak dimiliki oleh orang perempuan turut diberikan haknya ke atas mereka. Sama-sama kita jaga harta kita ni.

No comments:
Post a Comment