Wednesday, November 20, 2013

Berhias Yang Haram

Berhias. Wanita tidak pernah lekang dan tidak dapat dipisahkan dengan berhias. Namun harus kita ingat berhias seperti mana yang halal dan haram buat kita. Kadang-kadang kerana ingin tampil cantik, kita lupa halal haram yang telah Allah tetapkan.

1. MENCUKUR ALIS (kening)

Mencukur alis untuk membuatnya kecil dan lancip. Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan adalah bentuk pencukuran bulu yang ada diwajah secara umum.

Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Alqamah daripada Abdullah dia berkata: "Allah swt melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu tubuhnya dan mencukur alis dan yang minta mencukur alisnya dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah swt."

Namun, kita dibolehkan untuk mencukur alis atau bulu di wajah yang mendatangkan mudarat atau memalukan seprti tumbuh misai atau janggut.

2. MENYAMBUNG RAMBUT

Satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Asma' binti Abu Bakar, dimana dia berkata: "Ada seorang wanita yang datang menemui Rasulullah dan dia berkata: 'Wahai Rasulullah! Sesungguhnyaseorang anak perempuan saya akan dinikahkan, tetapi dia jatuh sakit hingga rambutnya gugur. Apakah boleh saya menyambunnya?'"

Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita yang menyambungkan rambutnya dan yang meminta disambungkan rambutnya."

Contoh yang amat senang tentang penyambungan rambut ni. Rambut palsu atau wig. Dan dah ade rawatan untuk tanam rambut dah sekarang. Jadi??

3. TATU

Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambungkan rambutnya dan wanita yang mentatu dan yang meinta untuk ditatu".

Tatu (wasym) adalah dilakukan dengan cara memasukkan jarum di punggung tapak tangan atau pergelangan tangan, atau dibibir dan selainnya daripada badan wanita, sehingga darah mengalir dan setelah itu diberi corak atau cap sehingga menjadi biru. Kemudian diukir, baik sedikit atau dalam jumlah yang banyak. Baik yang bersangkutan melakukannya sendiri atau meminta orang lain untuk mentatunya, maka itu adalah perbuatan yang haram.

4. MERENGGANGKAN GIGI

Merenggangkan gigi atau kita pakai pendakap gigi dengan tujuannya untuk menjadi dan kelihatan cantik. Bukan kerana memudaratkan atau sakit.

Jika tujuan kita melakukannya untuk cantik, haram jatuhnya. Kalau tujuan kita untuk kesihatan atau kerana kecacatan pada gigi dan sebagainya, jadi tak salah.Kerana telah diriwayatkan oleh Alqamah daripada  Abdullah dia berkata: "Allah swt melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu tubuhnya dan mencukur alis dan yang minta mencukur alisnya dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah swt."

"Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah!"

Surah Al-Hasyr, ayt 7

Jadi para sahabat muslimah diluar sana, sama-sama kita titik beratkan apa yang halal, apa yang haram kita lakukan. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu dan kita sering alpa untuk mengawalnya. Biar kecantikan kita untuk yang berhak sahaja. Biar kecantikan kita itu dinilai di mata Alla kerana Allah yang menciptakan kita semua. Kalau kita mengubah ciptaanNya, beerti kita tak bersyukur dan merasa tak sempurna ciptaan Alla itu. Kerana kecantikan, keindahan bukan sahaja berdasarkan paras rupa, tapi dari iman kita pada Yang Maha Mencipta. Wallahu'alam.

Wednesday, November 13, 2013

Golongan yang terasing.!





Bermula dengan kisah diri saya sendiri. Saya mula berhijrah. Dan Alhamdulillah penghijrahan saya mendapat respon positif dari keluarga, saudara terdekat dan sahabat handai. Namun, ada segelintir yang mempersoalkan. Pertanyaan seperti, "sambung belajar kat mana sampai pakai niqab tudung labuh?", "kenapa pakai?" , " Tak segan ke?", "kau dah kenapa macam ni?". Mata mereka seolah olah tidak selesa dengan pakaian saya. Kenapa, saya dedah aurat saya ke? Saya ada melakukan perkara yang salah ke? Saya sentiasa menerima teguran dengan hati terbuka dengan setiap kesalahan yang saya telah lakukan. Maaf jika anda tidak selesa dengan penampilan saya. Kerana saya rasa InsyaAllah tiada yang salah dengan apa yang saya buat ni.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, "Islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing seperti permulaannya, maka berbahagialah untuk mereka yang terasing itu."
(Hadis riwayat Muslim)


Kita betul-betul faham tak hadis ini? Sama-sama kita kongsi ilmu di sini ye.. Pada awal zaman bangkitnya Islam, segala amalan Islam kelihatan janggal oleh masyarakat sekeliling. Masyarakat sekeliling yang kita itu berzina, minum arak, menyembah berhala, menindas wanita dan sebagainya. Kita imbau balik zaman Nabi kita dan para sahabat. Wanita yang ditindas, dimuliakan Nabi dan para sahabat. Hamba yang dipandang hina, mereka anggap sebagai saudara mereka. Nabi dan para sahabat lebih rasa terasing. Tiada urusan jual beli dengan orang Islam. Tiada sekuntum senyuman buat orang Islam. Bertegur sapa apatah lagikan. Umat Islam dianggap musuh.

Tapi, hasil usaha keras berdakwah,hasil istiqamah, berjihad, menjaga hubungan dengan Allah, Islam makin berkembang dan digeruni. kerajaan Islam di Madinah, berlaku fathu Makkah, naik empayar Umayyah, kemunculan empayar Abassiyah dan diganti empayar Uthmaniyah. Islam dah tak terasing. Makin berkembang pesat di seluruh pelosok dunia. Segala kemungkaran dicegah tanpa malu. Solat jemaah, wanita menutup aurat, bukan lagi sesuatu yang pelik.

Tapi sekarang Islam kembali kepada permulaannya. Kembali dianggap pelik, dipandang janggal, dilihat asing. Saat wanita yang bangga meluruskan rambut,memakai seluar ketat, segelintir lelaki berjubah dan berserban, wanita bertudung labuh,berpakaian longgar dan berniqab, dianggap "old-fashioned" . Banggakah anda dengan fesyen dunia tu? Lelaki dan wanita yang menyembunyikan tangan mereka dikatakan tak "open minded". Manusia sekarang bangga dengan hukum manusia, sejumlah kecil mempertahankan hukum Tuhannya. Sedang seronok manusia menghafal segala lirik lagu, jalan cerita dan drama, sekelompok kecil menghafal Al-Quran dan Hadis peninggalan Rasulnya.

"Maka mengapa tidak ada daripada umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerosakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa."
(Surah Hud,ayt 116)


Kita yang sebahagia kecil yang terasing ni tak perlu nk rasa rendah diri. Teruskan usaha untuk menegakkan yang benar, menumpaskan yang salah. Berbahagialah diri kita dengan melakukan segala perintah Allah dan mengamalkan segala sunnah Rasulullah.


"Dia (iblis) berkata, "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau memuliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."
(Surah Al-Isra',ayt 62)




Islam "akan kembali terasing sebagai sepertimana permulaanya" . Zaman mana yang disebutkan di dalam hadis tersebut? Kita sedar tak di zaman mana kita berada sekarang? Kita sedar tak berapa banyak masa lagi yang kita ada? Kita sedar tak apa tandanya jika Islam kembali asing seperti dulu? Allahuakhbar..Subhanallah.. Semoga Allah memberi kesedaran kepada kita. Semoga golongan yang kecil ini membawa kesedaran pada golongan yang besar. Kepada yang berasa asing apabila membuat segala perintah Allah,apabila mengikut sunnah Rasulullah SAW,jangan kita sedih dan kecewa apabila dipandang asing oleh mata manusia. Tapi kita perlu sedih dan kecewa jika kita dipandang asing oleh Yang Maha Esa..Wallau'alam..


Monday, October 7, 2013

Kita di Zaman Jahilliyah??

Assalamualaikum wbkt..

Sekali lagi diberi perluang oleh Allah SWT untuk menulis artikel yang InsyaAllah dapat jadi peringatan kita bersama. Cuba kita renung sama-sama, bila kita pergi jalan-jalan, kat shopping complex, masa nak pergi kerja ke, atau ke mana saja. Kita tanya hati kita, keadaan sekeliling yang kita hidup ini adalah normal atau tidak?? Pada kebanyakan manusia ianya normal. Hakikatnya, hanya orang yang mundur dan cetek akal fikirannya yang mengatakan keadaan ini normal. Maaflah kalau kata-kata saya sangat tidak sopan atau apa sahaja istilah yang anda nak gunakan untuk meletakkan saya dikategori yang mana.

Straight to the point saya cakap, keadaan dunia sekarang tak ubah macam zaman jahilliyah. Haaaa... Ni lagilah orang mengamuk dengan saya bila saya kata dunia sekarang tak ubah macam zaman jahilliyah. Apa tak nya, rasuah bersepah sepah, jenayah berleluasa, maksiat sepanjang masa, aurat wanita tak terjaga, rasa malu dalam diri dah tak ada, kes buang bayi tak payah dicakap dah berapa ratus kes agaknya, entah-entah beribu. tak sama macam masa zaman jahilliyah dulu?? Masa sebelum bangkitnya Islam??

Sebenarnya segala apa yang jadi kat bumi ni, manusia itu sendiri yang buat. Kerosakkan bumi, jenayah, semua puncanya dari manusia itu sendiri. Dengan sikap lalai kita, yang memikirkan dunia lebih dari akhirat. Yang meletakkan wang ringgit dan darjat lebih atas dari Allah dan Rasul. Yang mengikut hukum dunia lebih dari hukum Allah. Allah berkata dalam Surah Al Maeda ayat 50:

"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahilliyah? Padahal- kepada orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih daripada Allah"

Allah dah aturkan segalanya dalam Al-Quran. Hal kisah rumah tangga dalam Surah An-Nisaa', Surah Al-Maeda pula diawalnya tentang rukun haji dan pantang larang berihram, di awal Surah Al-Baqarah pula tentang rukun iman, dan banyak lagi yang telah Allah aturkan dalam Al-Quran dan saya tak mampu nak huraikan segala kata-kata Allah sebab banyak dan sangat cantik susur galurnya. Cuma kita yang leka. Sentiasa rasa tak cukup. Semua terpulang pada kita.. Wallauhu'lam..


Friday, September 13, 2013

Manusia Berketurunan daripada Monyet???

Nabi Adam adalah manusia pertama dicipta oleh Allah SWT. Diciptakan dari tanah dan ditiupkan roh. Dan Baginda telah diajar oleh Allah tentang segala ilmu pengetahuan. Bila ada kajian luar yang mengatakan manusia ni keturunan monyet,,,,,,adalah sangat yang tidak boleh terima. Manusia yang telah mereka sama kan dengan binatang?? Allah Maha Mengetahui. Kat sini bukan nak kutuk cari salah orang lain. Cuma ingin menyampaikan dalil dali Al-Quran mengenai perkara tajuk besar kt atas tu.


Manusia pada asanya adalah makhluk yang mulia. Selain diberikan bentuk tubuh (jisim) yang semourna (surah At-Taghabun ayat 3 dan surah At-Talaq ayat 4), manusia turut dibekali potensi ruhiyah iaitu rohani (surah Asy-Syams ayat 8) dan aqliyah iaitu akal (surah An-Nahl ayat 78,surah As-Sajdah ayat 2). Bukan itu sahaja, manusia turut diberikan potensi luaran iaitu dengan diturunkan Nya hudan iaitu bimbingan (surah Al-Balad ayat 10 dan surah Ar-Rum ayat 30). Mempelajari ilmu dalam Islam tidak hanya bagi diri kita cerdas, pintar dan bermanfaat untuk umat, namun lebih daripada itu. Menuntut ilmu itu memerlukan manusia mencapai tahap keyakinan adanya Wajibul Wujud iaitu Allah. Itulah hakikat menuntut ilmu yang sebenar, yakni akal kita mencapai akal gharizi, iaitu gerak kahti.


Adanya alam menunjukkan adanya proses penciptaan. Adanya proses penciptaan tentunya membuktikan adanya Pencipta. Akal dan hati yang jernih seharusnya memahami alam tidak terjadi dengan sendirinya dan tidak mungkin Penciptanya mengalami proses daor dan tasasul (redha), namun awal dan hujungnya pada satu titik, iaitu Allah.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah untuk orang yang berakal, iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi sambil berkata, 'Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka' "
SURAH ALI-IMRAN-190-191

Namun sudah menjadi sunatullah apabila ada dalam kalangan sebahagian manusia yang tidak menggunakan pancaindera ini, sehingga akhirnya digolongkan ke dalam tingkatan yang rendah (binatang) dan dimasukkan ke neraka. Na'audzubillah.

" (Denagn sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan hati serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan untuk mereka disediakan azab seksa yang besar"
SURAH AL-BAQARAH-7  

Tuesday, September 3, 2013

Wanita dan 'harta' nya.


Harga diri wanita sangat tinggi nilainya pada kaca mata Islam. Allah SWT mengangkat darjat wanita daripada objek seks kaum lelaki kepada makhluk yang terpuji. Demikian kata-kata Allah dalam surah Al Ahzab:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Ayat 59.

Perempuan-perempuan di kota Mekah suatu ketika dahulu sebelum wujudnya Islam tidak lebih daripada objek seks. Sama seperti yang dipraktikkan kini oleh kebanyakan negara seantero dunia. Perempuan dinilai dari segi fizikal mereka semata-mata. Pada giurnya bentuk tubuh badan mereka, pada merahnya bibir mongel mereka. Bukan pada akhlak, kecerdikan dan lemah lembut mereka. Itu adalah sebelum kedatangan Islam. Pada ZAMAN JAHILIAH. Tapi ade sebilangan wanita sekarang pun ade yang macam tu kan? Tak kira dari negara mana pun. Dan take note ye, manusia yang melakukan apa yang dizaman jahiliah dulu adalah salah satu tanda kiamat.

Perempuan ditutntut menjadi begitu dan begini mengikut acuan tertentu hinggakan ramai yang menjadi mangsa. Mangsa diet, fesyen dan pelbagai jenama lain yang tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengaut keuntungan sahaja. islam muncul untuk membebaskan wanita daripada semua itu.

Islam muncul untuk membebaskan manusia daripada menghukum dan menekan manusia lain serta mengajak manusia supaya menghargai kecantikan azali dan peribadi. Allah SWT menyuruh kaum lelaki supaya menghormati kaum perempuan. Harta yang dahulunya langsung tidak layak dimiliki oleh orang perempuan turut diberikan haknya ke atas mereka. Sama-sama kita jaga harta kita ni.

Jangan Sombong

Bertanyalah (wahai Muhammad ): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "( Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan mengampunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
Surah Al-Anaam-ayat 12.

Manusia Allah beri peluang untuk mentadbir bumi ini. Walaupun telah ditulis dalam Al-Quran bahawa manusia akan membawa kerosakan kepada bumi, Allah Maha Mengetahui. Allah ingin melihat menguji manusia. Segala panduan telah allah beri dalam Al-Quran dan sunnah. Dari bagaimana terjadinya manusia, sehinggalah ke undang-undang, segala hukum-hukum, tentang alam semesta bahkan tanda-tanda kiamat juga telah disebut, telah diterangkan satu-satu dalam Al-Quran.

Namun, kita lihat pemerintah kita mentadbir. Tak kira di Malaysia, mahupun luar Malaysia. Tak kira di mana sahaja negara di bumi ni, Tak ada satu negara pun yang mengikut 100% apa yang Allah perintahkan. Perintah Allah bukan separuh boleh ikut,separuh tak payah ikut. Hanya kerana DARJAT,PANGKAT DAN HARTA, mereka sanggup meninggal suruhan Allah dan melakukan larangan Allah. Apa ada pada darjat, pangkat dan harta?? Di akhirat kelak, di padang masyar, Allah takkan pandang pandang siapa yang banyak duit, siapa yang ada harta yang banyak. Orang yang hanya kaya harta sahaja, tdak dipandang. Tapi Allah akan nilai kita dari amalan yang kita lakukan. Hanya amalan yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Amalan lah harta kita di akhirat kelak. 

Kerana darjat dan pangkat, orang yang berada di kelas bawahan ditindas, dihina. Dan kerana darjat dan pangkat juga, mereka sanggup meninggalkan suruhan Allah dan melakukan larangannya. Sampai bila kita nak hidup macam tu? Allah kalau nak tarik nayawa kita, bila-bila je. Tak semestinya kita sakit, Kita akan mati. Tak semestinya kita sihat, kita tak boleh mati.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: " Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah wahai Muhammad:"Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah dari sisi Allah". maka apakah yang menyebabkan kaum itu tidak itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"
Surah An-Nisaa-ayat 78

Jadi, Janganlah kita terlalu bangga dengan darjat pangkat yang kita ada. Kita semua sama je. Hamba Allah yang kerdil, yang banyak melakukan kesilapan. Kalau di dunia kita ade rumah banglo, nanti mati kita duduk kubur sempit jugak. Kalau di dunia kita ada BMW, mati nanti kita naik van jenazah juga. Kalau di dunia kita pakai sutera beribu, nanti mati kita pakai kain kapan putih jugak.. Sama macam orang lain jugak. Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Jangan kita menyombong diri. Rezeki yang kita dapat tu, bukan untuk kita saja. Kita kena kongsi juga dengan yang memerlukan. Istiqamah melakukan perkara-perkara yang menambah amalan kita. Semoga kita sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Kalimah Ini...


LAILAHAILLAH, MUHAMMAD RASULULLAH..

Kalimah ini yang membebaskan kita. Kalimah ini membawa maksud, membebaskan diri daripada segala penguasaan kecuali kekuasaan Allah. Memegang kata-kata Allah semata mata. Membasmi penindasan dan membebaskan diri daripada penindasan sama ada penindasan manusia, wang, kerja, fesyen dan segala-galanya.

Menjadikan Muhammad SAW sebagai contoh tauladan dalam kehidupan dan mengakui kerasulannya.

Para pembaca,, pernah tak kita terfikir maksud kalimah ini? Yang senantiasa kita lafazkan dalam solat kita 5 waktu sehari? Yang kita baca sebelum kita tidur? Kita hanya tahu maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".

Jarang ada orang yang memahami kalimah ini sedalam dalam nya. Kadang-kadang ada yang mempersendakan dan mengambil mudah. Tanpa sesetengah pihak itu sedar betapa keramat nya kalimah ini. Dua kalimah keramat yang menyebabkan kota Mekah gempar. Dua kalimah yang mengocak dan membuatkan pemimpin Mekah tidak senang duduk dan terancam.

Kalimah ynag membebaskan seluruh umat manusia daripada segala bentuk penjajahan dan penguasaan, kecuali kekuasaan Allah SWT semata mata. Segala rasa cinta milik Allah, segala pengharapan, ketakutan, hanya kepada Allah. Segala kebaikan dan keburukan adalah daripada Allah. Hamba bukan lagi untuk dihina tapi dijaga, harta bukan untuk timbunan tapi untuk dikongsi. Tiada manusia tempatnya lebih tinggi dari yang lain. Hanya Allah berada di tempat yang teratas. jadikan kalimah ini pegangan hidup.

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Saturday, August 17, 2013

Iman Kita..Bab 4..

Disebabkan ada masa lebih yang terluang, aku sambungkan sekali untuk rukun iman yang keempat iaitu;

Beriman kepada para Nabi dan Rasul.

Nabi bermaksud yang diberi wahyu. Manakala Rasul pula dalah penyampai wahyu.

Ada 25 nabi dan rasul yang wajib kita pahatkan dalam hati kita ni.

1. Nabi Adam
2. Nabi Idris
3. Nabi Nuh
4. Nabi Hud
5. Nabi Salleh
6. Nabi Ibrahim
7. Nabi Luth
8. Nabi Ismail
9. Nabi Ishaq
10. Nabi Ya'akub
11. Nabi Yusuf
12. Nabi Ayub
13. Nabi Syu'ib
14. Nabi Musa
15. Nabi Harun
16. Nabi Zulkifli
17. Nabi Daud
18. Nabi Sulaiman
19. Nabi Ilyas
20. Nabi Ilyasa'
21. Nabi Yunus
22. Nabi Zakaria
23. Nabi Yahya
24. Nabi Isa
25. Nabi Muhammad

Antara 25 Nabi dan Rasul ini, hanya 5 orang yang dikatakan Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada Rasul yang memiliki kedudukan istimewa kerana ketabahn dan kesabaran mereka dalam meneybarkan agama Islam.

"(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikankepda mereka, merasai seolah-olah, mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik-derhaka."

Surah Al-Ahqaaf-Ayat 35

Ulul Azmi terdiri daripada:

1. Nabi Nuh as
2. Nabi Ibrahim as
3. Nabi Musa as
4. Nabi Isa as
5. Nabi Muhammad saw.

" Allah telah menerangkan kepada kamu- di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya- apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisih pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakinNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

Surah Ash-Shura- Ayat 13

Dan Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir, penyampai wahyu yang terakhir diturunkan. Tiada lagi penyampai wahyu melainkan Khalifah yang akan Allah utuskan kepada kita di akhir zaman nanti. Beriman kepada para nabi dan rasul. Membenarkan kata-kata mereka. Kita sebagai umat di akhir zaman ini jangan terlalu leka dengan keistimewaan yang telah Allah bagi.

Wallahu'alam..

Iman Kita..Bab 3..

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah dapat aku sambung topik yang ketiga,rukun iman yang ketiga;

Beriman kepada Kitab-Kitab Allah.

Apa yang dimaksudkan dengan beriman dengan kitab-kitab Allah ini? Percaya dengan kitab-kitab yang telah Allah turunkan. Sesungguhnya Allah sedang berbicara dengan kita melalui ayat-ayat dalam kitab Nya. Hanya kita je yang nak ambil tahu atau tak.

Ada 4 kitab, iaitu;
1. Kitab Taurat ( Nabi Musa a.s)
2. Kitab Zabur ( Nabi Daud a.s)
3. Kitab Injil (Nabi Isa a.s)
4.Kitab Al-Quran ( Nabi Muhammad s.a.w)

Untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w, Al-Quran lah rujukan utama dalam hidup kita. Segala panduan hidup, undang-undang,hal nikah kahwin pun,diterangkn di dalam Al-Quran. Kita bukan hanya baca semata-mata. Cuba kita ambil sedikit masa harian kita untuk kita baca dan fahami, apa yang Allah cuba sampaikan pada kita. Sayang kalau kita hanya baca tapi tak tau isi kandungannya. Tanpa kita sedar, Al-Quran jugalah yang akan jadi salah satu penyelamat kita di akhirat nanti.

Tak rugi pun kita baca. Pahala ganjarannya. Kalau tak sempat baca sehari tu, cukuplah kita kucup dan sentuh, tu pun dapat pahala.



Thursday, August 15, 2013

Iman kita..Bab 2..

Assalamualaikum wbkt..
Maaf sebab bab kedua ni lambat di sambung. Atas sebab musabab tertentu,baru hari ni berkesempatan nak sambung tentang rukun iman. Dalam bab 1 kita dah bincang tentang rukun iman yang pertama iaitu beriman kepada Allah. Hari ni kita bincang tajuk baru, rukun iman yang kedua:

Beriman kepada Malaikat.

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
SURAH AL-BAQARAH-AYAT 3

Beriman kepada perkara ghaib. Allah dah sebutkan awal-awal lagi dalam Al-Quran tentang tu. Malaikat merupakan ciptaan Allah dari cahaya terpelihara dari segala maksiat. Mereka tidak perlu makan dan minum,mereka juga tidak berjantina. Mereka juga boleh menjelma dalam apa sahaja rupa dengan izin Allah. 

Kita harus ingat. Kita selalu kata sunyi bila sorang sorang. Kita selalu lupa Allah tak biarkan kita sorang-sorang. Allah letak malaikat Raqib ( mencatat amalan baik) dan malaikat Atid (mencatat amalan buruk) di kanan dan kiri kita. Kita tak pernah dibiarkan keseorangan. Ingat kisah perang Badar? Hanya dengan 313 tentera Islam, berlawan dengan 900-1000 tentera quraisy, tentera Islam menang dengan bantuan Allah SWT.

"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan badar, sedang kamu berkeadaan lemah(kerana sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu.
SURAH ALI IMRAN-AYAT 123

"(Ingatlah wahai Muhammad), ketika Engkau berkata kepada orang-orang yang beriman(untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?"
SURAH ALI IMRAN-AYAT 124

Jadi, jangan kita tinggalkan rukun iman yang kedua tu. Beriman kepada malaikat. Buatlah apa yang Allah perintahkan,tinggalkan lah yang telah dilarang.. :)




Sunday, July 28, 2013

Iman kita.. Bab 1..

Assalamualaikum wbkt..

Para pembaca, muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Sekali lagi diberi peluang untuk sama-sama berkongsi sedikit coretan untuk kita renungkan bersama. Penulis bukan kata penulis ni bijak pandai. Tapi bila kita mengingati antara satu sama lain, dalam masa yang sama kita mengingatkan diri kita jugak. Kali ni nak bercerita atau berkongsi tentang iman. Rukun iman kita ada 6 iaitu:


1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab
4. Beriman kepada para Nabi dan Rasul.
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada qada' dan qadar


 "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul Nya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya(Muhammad s.a.w) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh"
(Surah An-Nissa'-136)




Untuk bab yang ni kita bincang tentang rukun iman yang pertama. Beriman kepada Allah. Kita percaya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Allah itu hanya satu. Allah tidak berwajah, tidak berbentuk dan Allah ada di mana-mana sahaja. Sentiasa memerhatikan hamba-hamba Nya setiap saat. Tapi kita, ingatkah kita pada Nya setiap saat? Allahuakhbar.. Sedangkan solat pun kita kadang-kadang terlepas. Betapa hinanya kita. Betapa kecilnya kita. 

Beriman kepada Allah bukan hanya sekadar dengan kata-kata sahaja. Tapi kita harus percaya dan yakin dengan hati kita. Dan bukan itu saja, harus kita terapkan dalam perbuatan kita. Laksanakan segala hak-hak Allah dan kita tinggalkan segala larangan Nya.

Dengan sikap kita yang macam tu pun, Allah masih beri peluang pada kita. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha segala-galanya. Ingat ayat An-Nissa'-136 di atas. Sesiapa yang kufur, ingkar dengan rukun iman ini, walau 1 rukun iman kita tak percaya, sesungguhnya kita dah tersesat jauh. Jumpa lagi di bab yang kedua InsyaAllah..







Monday, July 15, 2013

Nak kurus!!

Nak kurus???? Semua orang nak kurus dalam dunia ni. Sape yang tak nak ooiii. Tapi, ape tujuan kita nak kurus tu? Semestinya nak jaga kesihatan supaya tak kena penyakit bahaya macam diebetis,darah tinggi,jantung dan sebagainya. Ada jugak yang kurus nak cantik. Tipu la kalau ada orang yang tak nak cantik kan.

Disebabkan oleh itu, macam-macam yang orang usahakan supaya kurus. Jaga pemakanan,bersenam dan ambik ubat kurus. Ada juga yang sanggup habiskan beribu ribu untuk kuruskan badan. Pergi slim session sana sini.

Tapi aku kali ni bukan nak bincang pasal cara nak kurus,siapa nak kurus dan sebagainya. Aku cuma nak luahkan rasa kesal dalam lubuk hati aku yang sangat dalam ni. Perasan tak,masa tengok tv, ada iklan pusat kuruskan badan. Memang wajib diorang tayangkan testimoni diorangkan?? Kekesalannya di sini bila aku tengok orang yang jadi bahan testimoni tu la.

Dulu dan kini. Masa badan gemuk, tak slim, ada tak nampak gambar testimoni diorang pakai baju ketat dan sendat mendat? Gambar "dulu" mesti baju besar,baju labuh, tak ada nampak susuk tubuh pun. Bila gambar "kini" yang dah hilang berbelas kilo tu, baju kecik, ikut bentuk badan tu. Memang nak membuktikan awak tu dah kuruslah kan.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). "
(Surah Al-A’raaf : Ayat 26)

Kat situ yang aku kesalkan. Sebab sepatutnya perempuan ni, auratnya untuk mahramnya sahaja. Yang bertutup litup tapi ketat tu sama je macam tak tutup aurat. Nampak susuk badannya. Aku bukan nak mengeji, aku bukan nak mengutuk. Kita sebagai umat Islam kena saling ingat mengingati antara satu sama lain. Dalam masa yang sama untuk mengingatkan diri kita sendiri jugak. Itulah tanggungjawab kita sesama Islam.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,"
(Surah Ali 'Imran : Ayat 104-105 )


Berubah, tapi...

Dan(ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada Kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim: 7)

Ramai orang sekarang dah berhijrah ke arah kebaikkan. Alhamdulillah. Dan ramai juga yang sedang cuba berubah secara perlahan-lahan. Apa yang aku nak bagitau kat sini adalah, cara mereka berubah. Aku tak kata semua macam ni. Ada segelintir sahaja.

Contoh keadaannya adalah:
Kita solat, tak tinggal pun. Tapi perwatakkan kita,pemakaian kita dan cara hidup kita. Ada yang solat tak tinggal,tapi cara hidupnya belum lagi berubah. Bila orang tegur, kita marah. Kita kata jangan sibuk hal kita. Kita cakap macam tu, tanpa kita sedar 1 hari nanti orang akan sibuk tentang kita bila kita mati nanti. Orang akan sibuk uruskan jenazah kita. Memang orang pandang negatif pada kita, walaupun kita dah berubah. Orang tak dapat baca hati kita. Hanya Allah yang tau isi hati kita. Jadi, kita kena betul-betul berubah. Dari segi hati, perwatakkan dan pemakaian kita.

Oleh itu, kita berubahlah dengan ikhlas. Selitkan keikhlasan dalam penghijrahan kita. InsyaAllah, bila kita ikhlas, automatik kita akan tinggalkan segala perkara negatif. Kita akan rasa terbatas untuk buat segala perkara negatif. Sebab dalam hati kita, kita dah ikhlas untuk berhijrah ke jalan Allah. Kita ikut segala yang telah Allah perintahkan pada kita. InsyaAllah, hidup kita diberkati.




Sunday, July 14, 2013

Bulan Ramadhan Bulan Mulia

Bulan ramadhan adalah bulan yang sangat di nantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang penuh berkah ini memberi peluang pada kita untuk mengumpul sebanyak mana pahala bonus yang Allah dah sediakn. Terpulang pada diri nak ambik ke x. Di sebabkan bulan puasa ni setahun je sekali, kadang-kadang ada jugak yang terlupa niat puasa. Meh sini bagi tunjuk sikit niat puasa. :)


      


Bila dah ada niat puasa, mesti ada doa buka puasa kan. :)



Ok.. Semoga dapat membantu serba sedikit ye.. Wassalam.. :)
  

Makanan Sunnah Nabi


"Katakanlah(Muhammad),'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu'.."[al-Imran:31] 




Entry kali ni aku nak bagi info sikit tentang makanan sunnah Rasulullah SAW. 



Antara makanan nya adalah seperti yang berikut:

  • Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


  • Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


  • Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


  • Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut


  • Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut , membuang kahak. Baik diminum waktu pagi dengan air suam.


  • Tembikai  (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.


  • Susu Kambing– Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.


  • Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga.


  • Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.


  • Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


  • Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali).


  • Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati


Kita sekarang selalu disua dengan info-info yang salah. Siapa punya kerja? Yahudi lah siapa lagi. Contohnya makan kambing. Rasulullah suka makan kambing dan minum susu kambing. Tapi orang selalu cakap apa? Kambing tak sihat lah, banyak kolestrol lah. 

Makan kambing yang memang untuk pasaran memang la tak bagus. Dah di suntik dengan macam-macam supaya cepat besar,daging banyak. Lagi satu kesan dari ekonomi. Mereka naikkan harga kambing supaya kita ni susah nak makan makanan sunnah tu. Mereka kat sana sebenarnya mengamalkan makanan sunnah. Kita kat sini susahnya nak ikut. Sama-sama kita doa supaya kita di buka pintu hati untuk melakukan segala kebaikkan.






Indah Ciptaan Nya..

Sedar tak sedar aku dah nak balik ke semenanjung.. Lepas ni nak datang ke Sabah lagi memang susah la. 4 tahun kat Sabah belum semua tempat lagi aku jelajah kat sini. Pengalaman belajar kat sini memang best. Walaupun aku sorang je bunga kat sini. Tak semua orang bertuah macam aku. Aku berpeluang untuk menikmati indahnya ciptaan Allah ni dengan cara yang agak berbeza. Berpeluang melihat dan dekat dengan awan ciptaan Nya,melihat luas laut tanpa had pandangan. Sangat cantik dan luar biasa.

Sandakan, Sabah.


Haaa.. Sini tempat aku belajar. Memang kalau tempat nak suka ria memang takde langsung la kat sini. Tapi kalau yang memang suka menikmati alam semulajadi, tempat ni memang superb..! Hijau je.. Biru je..hehe..


rakan-rakan saya


Di atas adalah antara kawan-kawan aku. Nampakm pelik sikitkan sebab aku sorang perempuan. Memang la pelik. Instructor memang best kat sini. Sangat cool. Penuh dengan ilmu dan pengalaman. Trust me, kitorg tak kan jumpa instructor se cool diorg.. :)

Sepanjang aku fly kat sini, memang banyak kejadian-kejadian yang membukak biji mata aku ni. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang hamba Nya perlukan. Segala apa yang kita lihat, apa yang kita hidu, apa yang kita rasa, apa je lah yang kita buat, semua dengan kehendakNya. Banyak nikmat yang telah di berikan.

rainbow!!


Tu pelangi..hehe..mestila semua orang tau tu pelangi. Macam mana terjadinya pelangi? Tak payah ceritalah. Semua orang tau. :) Ni masa fly dekat training area. Ada tempat yang hujan, ada tempat yang tak hujan.


hujan d satu dua tempat.

sunset masa fly malam.

antara gugusan pulau masa fly pergi tawau.



SubhanAllah.. Cantik kan?? Tak payah nak buang duit la pergi negara orang. Allah dah cipta baik punya tempat kat Malaysia ni. Cantik-cantik semuanya. Bersykurlah dengan segala nikmat yang Allah dah bagi pada kita.. Takat ni dulu lah.. Wassalam.. :)