Wednesday, November 20, 2013

Berhias Yang Haram

Berhias. Wanita tidak pernah lekang dan tidak dapat dipisahkan dengan berhias. Namun harus kita ingat berhias seperti mana yang halal dan haram buat kita. Kadang-kadang kerana ingin tampil cantik, kita lupa halal haram yang telah Allah tetapkan.

1. MENCUKUR ALIS (kening)

Mencukur alis untuk membuatnya kecil dan lancip. Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan adalah bentuk pencukuran bulu yang ada diwajah secara umum.

Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Alqamah daripada Abdullah dia berkata: "Allah swt melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu tubuhnya dan mencukur alis dan yang minta mencukur alisnya dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah swt."

Namun, kita dibolehkan untuk mencukur alis atau bulu di wajah yang mendatangkan mudarat atau memalukan seprti tumbuh misai atau janggut.

2. MENYAMBUNG RAMBUT

Satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Asma' binti Abu Bakar, dimana dia berkata: "Ada seorang wanita yang datang menemui Rasulullah dan dia berkata: 'Wahai Rasulullah! Sesungguhnyaseorang anak perempuan saya akan dinikahkan, tetapi dia jatuh sakit hingga rambutnya gugur. Apakah boleh saya menyambunnya?'"

Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita yang menyambungkan rambutnya dan yang meminta disambungkan rambutnya."

Contoh yang amat senang tentang penyambungan rambut ni. Rambut palsu atau wig. Dan dah ade rawatan untuk tanam rambut dah sekarang. Jadi??

3. TATU

Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambungkan rambutnya dan wanita yang mentatu dan yang meinta untuk ditatu".

Tatu (wasym) adalah dilakukan dengan cara memasukkan jarum di punggung tapak tangan atau pergelangan tangan, atau dibibir dan selainnya daripada badan wanita, sehingga darah mengalir dan setelah itu diberi corak atau cap sehingga menjadi biru. Kemudian diukir, baik sedikit atau dalam jumlah yang banyak. Baik yang bersangkutan melakukannya sendiri atau meminta orang lain untuk mentatunya, maka itu adalah perbuatan yang haram.

4. MERENGGANGKAN GIGI

Merenggangkan gigi atau kita pakai pendakap gigi dengan tujuannya untuk menjadi dan kelihatan cantik. Bukan kerana memudaratkan atau sakit.

Jika tujuan kita melakukannya untuk cantik, haram jatuhnya. Kalau tujuan kita untuk kesihatan atau kerana kecacatan pada gigi dan sebagainya, jadi tak salah.Kerana telah diriwayatkan oleh Alqamah daripada  Abdullah dia berkata: "Allah swt melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu tubuhnya dan mencukur alis dan yang minta mencukur alisnya dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah swt."

"Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah!"

Surah Al-Hasyr, ayt 7

Jadi para sahabat muslimah diluar sana, sama-sama kita titik beratkan apa yang halal, apa yang haram kita lakukan. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu dan kita sering alpa untuk mengawalnya. Biar kecantikan kita untuk yang berhak sahaja. Biar kecantikan kita itu dinilai di mata Alla kerana Allah yang menciptakan kita semua. Kalau kita mengubah ciptaanNya, beerti kita tak bersyukur dan merasa tak sempurna ciptaan Alla itu. Kerana kecantikan, keindahan bukan sahaja berdasarkan paras rupa, tapi dari iman kita pada Yang Maha Mencipta. Wallahu'alam.

Wednesday, November 13, 2013

Golongan yang terasing.!





Bermula dengan kisah diri saya sendiri. Saya mula berhijrah. Dan Alhamdulillah penghijrahan saya mendapat respon positif dari keluarga, saudara terdekat dan sahabat handai. Namun, ada segelintir yang mempersoalkan. Pertanyaan seperti, "sambung belajar kat mana sampai pakai niqab tudung labuh?", "kenapa pakai?" , " Tak segan ke?", "kau dah kenapa macam ni?". Mata mereka seolah olah tidak selesa dengan pakaian saya. Kenapa, saya dedah aurat saya ke? Saya ada melakukan perkara yang salah ke? Saya sentiasa menerima teguran dengan hati terbuka dengan setiap kesalahan yang saya telah lakukan. Maaf jika anda tidak selesa dengan penampilan saya. Kerana saya rasa InsyaAllah tiada yang salah dengan apa yang saya buat ni.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, "Islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing seperti permulaannya, maka berbahagialah untuk mereka yang terasing itu."
(Hadis riwayat Muslim)


Kita betul-betul faham tak hadis ini? Sama-sama kita kongsi ilmu di sini ye.. Pada awal zaman bangkitnya Islam, segala amalan Islam kelihatan janggal oleh masyarakat sekeliling. Masyarakat sekeliling yang kita itu berzina, minum arak, menyembah berhala, menindas wanita dan sebagainya. Kita imbau balik zaman Nabi kita dan para sahabat. Wanita yang ditindas, dimuliakan Nabi dan para sahabat. Hamba yang dipandang hina, mereka anggap sebagai saudara mereka. Nabi dan para sahabat lebih rasa terasing. Tiada urusan jual beli dengan orang Islam. Tiada sekuntum senyuman buat orang Islam. Bertegur sapa apatah lagikan. Umat Islam dianggap musuh.

Tapi, hasil usaha keras berdakwah,hasil istiqamah, berjihad, menjaga hubungan dengan Allah, Islam makin berkembang dan digeruni. kerajaan Islam di Madinah, berlaku fathu Makkah, naik empayar Umayyah, kemunculan empayar Abassiyah dan diganti empayar Uthmaniyah. Islam dah tak terasing. Makin berkembang pesat di seluruh pelosok dunia. Segala kemungkaran dicegah tanpa malu. Solat jemaah, wanita menutup aurat, bukan lagi sesuatu yang pelik.

Tapi sekarang Islam kembali kepada permulaannya. Kembali dianggap pelik, dipandang janggal, dilihat asing. Saat wanita yang bangga meluruskan rambut,memakai seluar ketat, segelintir lelaki berjubah dan berserban, wanita bertudung labuh,berpakaian longgar dan berniqab, dianggap "old-fashioned" . Banggakah anda dengan fesyen dunia tu? Lelaki dan wanita yang menyembunyikan tangan mereka dikatakan tak "open minded". Manusia sekarang bangga dengan hukum manusia, sejumlah kecil mempertahankan hukum Tuhannya. Sedang seronok manusia menghafal segala lirik lagu, jalan cerita dan drama, sekelompok kecil menghafal Al-Quran dan Hadis peninggalan Rasulnya.

"Maka mengapa tidak ada daripada umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerosakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa."
(Surah Hud,ayt 116)


Kita yang sebahagia kecil yang terasing ni tak perlu nk rasa rendah diri. Teruskan usaha untuk menegakkan yang benar, menumpaskan yang salah. Berbahagialah diri kita dengan melakukan segala perintah Allah dan mengamalkan segala sunnah Rasulullah.


"Dia (iblis) berkata, "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau memuliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."
(Surah Al-Isra',ayt 62)




Islam "akan kembali terasing sebagai sepertimana permulaanya" . Zaman mana yang disebutkan di dalam hadis tersebut? Kita sedar tak di zaman mana kita berada sekarang? Kita sedar tak berapa banyak masa lagi yang kita ada? Kita sedar tak apa tandanya jika Islam kembali asing seperti dulu? Allahuakhbar..Subhanallah.. Semoga Allah memberi kesedaran kepada kita. Semoga golongan yang kecil ini membawa kesedaran pada golongan yang besar. Kepada yang berasa asing apabila membuat segala perintah Allah,apabila mengikut sunnah Rasulullah SAW,jangan kita sedih dan kecewa apabila dipandang asing oleh mata manusia. Tapi kita perlu sedih dan kecewa jika kita dipandang asing oleh Yang Maha Esa..Wallau'alam..


Monday, October 7, 2013

Kita di Zaman Jahilliyah??

Assalamualaikum wbkt..

Sekali lagi diberi perluang oleh Allah SWT untuk menulis artikel yang InsyaAllah dapat jadi peringatan kita bersama. Cuba kita renung sama-sama, bila kita pergi jalan-jalan, kat shopping complex, masa nak pergi kerja ke, atau ke mana saja. Kita tanya hati kita, keadaan sekeliling yang kita hidup ini adalah normal atau tidak?? Pada kebanyakan manusia ianya normal. Hakikatnya, hanya orang yang mundur dan cetek akal fikirannya yang mengatakan keadaan ini normal. Maaflah kalau kata-kata saya sangat tidak sopan atau apa sahaja istilah yang anda nak gunakan untuk meletakkan saya dikategori yang mana.

Straight to the point saya cakap, keadaan dunia sekarang tak ubah macam zaman jahilliyah. Haaaa... Ni lagilah orang mengamuk dengan saya bila saya kata dunia sekarang tak ubah macam zaman jahilliyah. Apa tak nya, rasuah bersepah sepah, jenayah berleluasa, maksiat sepanjang masa, aurat wanita tak terjaga, rasa malu dalam diri dah tak ada, kes buang bayi tak payah dicakap dah berapa ratus kes agaknya, entah-entah beribu. tak sama macam masa zaman jahilliyah dulu?? Masa sebelum bangkitnya Islam??

Sebenarnya segala apa yang jadi kat bumi ni, manusia itu sendiri yang buat. Kerosakkan bumi, jenayah, semua puncanya dari manusia itu sendiri. Dengan sikap lalai kita, yang memikirkan dunia lebih dari akhirat. Yang meletakkan wang ringgit dan darjat lebih atas dari Allah dan Rasul. Yang mengikut hukum dunia lebih dari hukum Allah. Allah berkata dalam Surah Al Maeda ayat 50:

"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahilliyah? Padahal- kepada orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih daripada Allah"

Allah dah aturkan segalanya dalam Al-Quran. Hal kisah rumah tangga dalam Surah An-Nisaa', Surah Al-Maeda pula diawalnya tentang rukun haji dan pantang larang berihram, di awal Surah Al-Baqarah pula tentang rukun iman, dan banyak lagi yang telah Allah aturkan dalam Al-Quran dan saya tak mampu nak huraikan segala kata-kata Allah sebab banyak dan sangat cantik susur galurnya. Cuma kita yang leka. Sentiasa rasa tak cukup. Semua terpulang pada kita.. Wallauhu'lam..


Friday, September 13, 2013

Manusia Berketurunan daripada Monyet???

Nabi Adam adalah manusia pertama dicipta oleh Allah SWT. Diciptakan dari tanah dan ditiupkan roh. Dan Baginda telah diajar oleh Allah tentang segala ilmu pengetahuan. Bila ada kajian luar yang mengatakan manusia ni keturunan monyet,,,,,,adalah sangat yang tidak boleh terima. Manusia yang telah mereka sama kan dengan binatang?? Allah Maha Mengetahui. Kat sini bukan nak kutuk cari salah orang lain. Cuma ingin menyampaikan dalil dali Al-Quran mengenai perkara tajuk besar kt atas tu.


Manusia pada asanya adalah makhluk yang mulia. Selain diberikan bentuk tubuh (jisim) yang semourna (surah At-Taghabun ayat 3 dan surah At-Talaq ayat 4), manusia turut dibekali potensi ruhiyah iaitu rohani (surah Asy-Syams ayat 8) dan aqliyah iaitu akal (surah An-Nahl ayat 78,surah As-Sajdah ayat 2). Bukan itu sahaja, manusia turut diberikan potensi luaran iaitu dengan diturunkan Nya hudan iaitu bimbingan (surah Al-Balad ayat 10 dan surah Ar-Rum ayat 30). Mempelajari ilmu dalam Islam tidak hanya bagi diri kita cerdas, pintar dan bermanfaat untuk umat, namun lebih daripada itu. Menuntut ilmu itu memerlukan manusia mencapai tahap keyakinan adanya Wajibul Wujud iaitu Allah. Itulah hakikat menuntut ilmu yang sebenar, yakni akal kita mencapai akal gharizi, iaitu gerak kahti.


Adanya alam menunjukkan adanya proses penciptaan. Adanya proses penciptaan tentunya membuktikan adanya Pencipta. Akal dan hati yang jernih seharusnya memahami alam tidak terjadi dengan sendirinya dan tidak mungkin Penciptanya mengalami proses daor dan tasasul (redha), namun awal dan hujungnya pada satu titik, iaitu Allah.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah untuk orang yang berakal, iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi sambil berkata, 'Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka' "
SURAH ALI-IMRAN-190-191

Namun sudah menjadi sunatullah apabila ada dalam kalangan sebahagian manusia yang tidak menggunakan pancaindera ini, sehingga akhirnya digolongkan ke dalam tingkatan yang rendah (binatang) dan dimasukkan ke neraka. Na'audzubillah.

" (Denagn sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan hati serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan untuk mereka disediakan azab seksa yang besar"
SURAH AL-BAQARAH-7  

Tuesday, September 3, 2013

Wanita dan 'harta' nya.


Harga diri wanita sangat tinggi nilainya pada kaca mata Islam. Allah SWT mengangkat darjat wanita daripada objek seks kaum lelaki kepada makhluk yang terpuji. Demikian kata-kata Allah dalam surah Al Ahzab:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Ayat 59.

Perempuan-perempuan di kota Mekah suatu ketika dahulu sebelum wujudnya Islam tidak lebih daripada objek seks. Sama seperti yang dipraktikkan kini oleh kebanyakan negara seantero dunia. Perempuan dinilai dari segi fizikal mereka semata-mata. Pada giurnya bentuk tubuh badan mereka, pada merahnya bibir mongel mereka. Bukan pada akhlak, kecerdikan dan lemah lembut mereka. Itu adalah sebelum kedatangan Islam. Pada ZAMAN JAHILIAH. Tapi ade sebilangan wanita sekarang pun ade yang macam tu kan? Tak kira dari negara mana pun. Dan take note ye, manusia yang melakukan apa yang dizaman jahiliah dulu adalah salah satu tanda kiamat.

Perempuan ditutntut menjadi begitu dan begini mengikut acuan tertentu hinggakan ramai yang menjadi mangsa. Mangsa diet, fesyen dan pelbagai jenama lain yang tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengaut keuntungan sahaja. islam muncul untuk membebaskan wanita daripada semua itu.

Islam muncul untuk membebaskan manusia daripada menghukum dan menekan manusia lain serta mengajak manusia supaya menghargai kecantikan azali dan peribadi. Allah SWT menyuruh kaum lelaki supaya menghormati kaum perempuan. Harta yang dahulunya langsung tidak layak dimiliki oleh orang perempuan turut diberikan haknya ke atas mereka. Sama-sama kita jaga harta kita ni.

Jangan Sombong

Bertanyalah (wahai Muhammad ): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "( Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan mengampunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
Surah Al-Anaam-ayat 12.

Manusia Allah beri peluang untuk mentadbir bumi ini. Walaupun telah ditulis dalam Al-Quran bahawa manusia akan membawa kerosakan kepada bumi, Allah Maha Mengetahui. Allah ingin melihat menguji manusia. Segala panduan telah allah beri dalam Al-Quran dan sunnah. Dari bagaimana terjadinya manusia, sehinggalah ke undang-undang, segala hukum-hukum, tentang alam semesta bahkan tanda-tanda kiamat juga telah disebut, telah diterangkan satu-satu dalam Al-Quran.

Namun, kita lihat pemerintah kita mentadbir. Tak kira di Malaysia, mahupun luar Malaysia. Tak kira di mana sahaja negara di bumi ni, Tak ada satu negara pun yang mengikut 100% apa yang Allah perintahkan. Perintah Allah bukan separuh boleh ikut,separuh tak payah ikut. Hanya kerana DARJAT,PANGKAT DAN HARTA, mereka sanggup meninggal suruhan Allah dan melakukan larangan Allah. Apa ada pada darjat, pangkat dan harta?? Di akhirat kelak, di padang masyar, Allah takkan pandang pandang siapa yang banyak duit, siapa yang ada harta yang banyak. Orang yang hanya kaya harta sahaja, tdak dipandang. Tapi Allah akan nilai kita dari amalan yang kita lakukan. Hanya amalan yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Amalan lah harta kita di akhirat kelak. 

Kerana darjat dan pangkat, orang yang berada di kelas bawahan ditindas, dihina. Dan kerana darjat dan pangkat juga, mereka sanggup meninggalkan suruhan Allah dan melakukan larangannya. Sampai bila kita nak hidup macam tu? Allah kalau nak tarik nayawa kita, bila-bila je. Tak semestinya kita sakit, Kita akan mati. Tak semestinya kita sihat, kita tak boleh mati.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: " Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah wahai Muhammad:"Semua itu (kebaikan dan bencana) adalah dari sisi Allah". maka apakah yang menyebabkan kaum itu tidak itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"
Surah An-Nisaa-ayat 78

Jadi, Janganlah kita terlalu bangga dengan darjat pangkat yang kita ada. Kita semua sama je. Hamba Allah yang kerdil, yang banyak melakukan kesilapan. Kalau di dunia kita ade rumah banglo, nanti mati kita duduk kubur sempit jugak. Kalau di dunia kita ada BMW, mati nanti kita naik van jenazah juga. Kalau di dunia kita pakai sutera beribu, nanti mati kita pakai kain kapan putih jugak.. Sama macam orang lain jugak. Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Jangan kita menyombong diri. Rezeki yang kita dapat tu, bukan untuk kita saja. Kita kena kongsi juga dengan yang memerlukan. Istiqamah melakukan perkara-perkara yang menambah amalan kita. Semoga kita sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Kalimah Ini...


LAILAHAILLAH, MUHAMMAD RASULULLAH..

Kalimah ini yang membebaskan kita. Kalimah ini membawa maksud, membebaskan diri daripada segala penguasaan kecuali kekuasaan Allah. Memegang kata-kata Allah semata mata. Membasmi penindasan dan membebaskan diri daripada penindasan sama ada penindasan manusia, wang, kerja, fesyen dan segala-galanya.

Menjadikan Muhammad SAW sebagai contoh tauladan dalam kehidupan dan mengakui kerasulannya.

Para pembaca,, pernah tak kita terfikir maksud kalimah ini? Yang senantiasa kita lafazkan dalam solat kita 5 waktu sehari? Yang kita baca sebelum kita tidur? Kita hanya tahu maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".

Jarang ada orang yang memahami kalimah ini sedalam dalam nya. Kadang-kadang ada yang mempersendakan dan mengambil mudah. Tanpa sesetengah pihak itu sedar betapa keramat nya kalimah ini. Dua kalimah keramat yang menyebabkan kota Mekah gempar. Dua kalimah yang mengocak dan membuatkan pemimpin Mekah tidak senang duduk dan terancam.

Kalimah ynag membebaskan seluruh umat manusia daripada segala bentuk penjajahan dan penguasaan, kecuali kekuasaan Allah SWT semata mata. Segala rasa cinta milik Allah, segala pengharapan, ketakutan, hanya kepada Allah. Segala kebaikan dan keburukan adalah daripada Allah. Hamba bukan lagi untuk dihina tapi dijaga, harta bukan untuk timbunan tapi untuk dikongsi. Tiada manusia tempatnya lebih tinggi dari yang lain. Hanya Allah berada di tempat yang teratas. jadikan kalimah ini pegangan hidup.

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.