Wednesday, November 20, 2013

Berhias Yang Haram

Berhias. Wanita tidak pernah lekang dan tidak dapat dipisahkan dengan berhias. Namun harus kita ingat berhias seperti mana yang halal dan haram buat kita. Kadang-kadang kerana ingin tampil cantik, kita lupa halal haram yang telah Allah tetapkan.

1. MENCUKUR ALIS (kening)

Mencukur alis untuk membuatnya kecil dan lancip. Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan adalah bentuk pencukuran bulu yang ada diwajah secara umum.

Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Alqamah daripada Abdullah dia berkata: "Allah swt melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu tubuhnya dan mencukur alis dan yang minta mencukur alisnya dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah swt."

Namun, kita dibolehkan untuk mencukur alis atau bulu di wajah yang mendatangkan mudarat atau memalukan seprti tumbuh misai atau janggut.

2. MENYAMBUNG RAMBUT

Satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Asma' binti Abu Bakar, dimana dia berkata: "Ada seorang wanita yang datang menemui Rasulullah dan dia berkata: 'Wahai Rasulullah! Sesungguhnyaseorang anak perempuan saya akan dinikahkan, tetapi dia jatuh sakit hingga rambutnya gugur. Apakah boleh saya menyambunnya?'"

Rasulullah saw bersabda:
"Allah melaknat wanita yang menyambungkan rambutnya dan yang meminta disambungkan rambutnya."

Contoh yang amat senang tentang penyambungan rambut ni. Rambut palsu atau wig. Dan dah ade rawatan untuk tanam rambut dah sekarang. Jadi??

3. TATU

Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambungkan rambutnya dan wanita yang mentatu dan yang meinta untuk ditatu".

Tatu (wasym) adalah dilakukan dengan cara memasukkan jarum di punggung tapak tangan atau pergelangan tangan, atau dibibir dan selainnya daripada badan wanita, sehingga darah mengalir dan setelah itu diberi corak atau cap sehingga menjadi biru. Kemudian diukir, baik sedikit atau dalam jumlah yang banyak. Baik yang bersangkutan melakukannya sendiri atau meminta orang lain untuk mentatunya, maka itu adalah perbuatan yang haram.

4. MERENGGANGKAN GIGI

Merenggangkan gigi atau kita pakai pendakap gigi dengan tujuannya untuk menjadi dan kelihatan cantik. Bukan kerana memudaratkan atau sakit.

Jika tujuan kita melakukannya untuk cantik, haram jatuhnya. Kalau tujuan kita untuk kesihatan atau kerana kecacatan pada gigi dan sebagainya, jadi tak salah.Kerana telah diriwayatkan oleh Alqamah daripada  Abdullah dia berkata: "Allah swt melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu tubuhnya dan mencukur alis dan yang minta mencukur alisnya dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah swt."

"Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah!"

Surah Al-Hasyr, ayt 7

Jadi para sahabat muslimah diluar sana, sama-sama kita titik beratkan apa yang halal, apa yang haram kita lakukan. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu dan kita sering alpa untuk mengawalnya. Biar kecantikan kita untuk yang berhak sahaja. Biar kecantikan kita itu dinilai di mata Alla kerana Allah yang menciptakan kita semua. Kalau kita mengubah ciptaanNya, beerti kita tak bersyukur dan merasa tak sempurna ciptaan Alla itu. Kerana kecantikan, keindahan bukan sahaja berdasarkan paras rupa, tapi dari iman kita pada Yang Maha Mencipta. Wallahu'alam.

Wednesday, November 13, 2013

Golongan yang terasing.!





Bermula dengan kisah diri saya sendiri. Saya mula berhijrah. Dan Alhamdulillah penghijrahan saya mendapat respon positif dari keluarga, saudara terdekat dan sahabat handai. Namun, ada segelintir yang mempersoalkan. Pertanyaan seperti, "sambung belajar kat mana sampai pakai niqab tudung labuh?", "kenapa pakai?" , " Tak segan ke?", "kau dah kenapa macam ni?". Mata mereka seolah olah tidak selesa dengan pakaian saya. Kenapa, saya dedah aurat saya ke? Saya ada melakukan perkara yang salah ke? Saya sentiasa menerima teguran dengan hati terbuka dengan setiap kesalahan yang saya telah lakukan. Maaf jika anda tidak selesa dengan penampilan saya. Kerana saya rasa InsyaAllah tiada yang salah dengan apa yang saya buat ni.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, "Islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing seperti permulaannya, maka berbahagialah untuk mereka yang terasing itu."
(Hadis riwayat Muslim)


Kita betul-betul faham tak hadis ini? Sama-sama kita kongsi ilmu di sini ye.. Pada awal zaman bangkitnya Islam, segala amalan Islam kelihatan janggal oleh masyarakat sekeliling. Masyarakat sekeliling yang kita itu berzina, minum arak, menyembah berhala, menindas wanita dan sebagainya. Kita imbau balik zaman Nabi kita dan para sahabat. Wanita yang ditindas, dimuliakan Nabi dan para sahabat. Hamba yang dipandang hina, mereka anggap sebagai saudara mereka. Nabi dan para sahabat lebih rasa terasing. Tiada urusan jual beli dengan orang Islam. Tiada sekuntum senyuman buat orang Islam. Bertegur sapa apatah lagikan. Umat Islam dianggap musuh.

Tapi, hasil usaha keras berdakwah,hasil istiqamah, berjihad, menjaga hubungan dengan Allah, Islam makin berkembang dan digeruni. kerajaan Islam di Madinah, berlaku fathu Makkah, naik empayar Umayyah, kemunculan empayar Abassiyah dan diganti empayar Uthmaniyah. Islam dah tak terasing. Makin berkembang pesat di seluruh pelosok dunia. Segala kemungkaran dicegah tanpa malu. Solat jemaah, wanita menutup aurat, bukan lagi sesuatu yang pelik.

Tapi sekarang Islam kembali kepada permulaannya. Kembali dianggap pelik, dipandang janggal, dilihat asing. Saat wanita yang bangga meluruskan rambut,memakai seluar ketat, segelintir lelaki berjubah dan berserban, wanita bertudung labuh,berpakaian longgar dan berniqab, dianggap "old-fashioned" . Banggakah anda dengan fesyen dunia tu? Lelaki dan wanita yang menyembunyikan tangan mereka dikatakan tak "open minded". Manusia sekarang bangga dengan hukum manusia, sejumlah kecil mempertahankan hukum Tuhannya. Sedang seronok manusia menghafal segala lirik lagu, jalan cerita dan drama, sekelompok kecil menghafal Al-Quran dan Hadis peninggalan Rasulnya.

"Maka mengapa tidak ada daripada umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerosakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa."
(Surah Hud,ayt 116)


Kita yang sebahagia kecil yang terasing ni tak perlu nk rasa rendah diri. Teruskan usaha untuk menegakkan yang benar, menumpaskan yang salah. Berbahagialah diri kita dengan melakukan segala perintah Allah dan mengamalkan segala sunnah Rasulullah.


"Dia (iblis) berkata, "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau memuliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."
(Surah Al-Isra',ayt 62)




Islam "akan kembali terasing sebagai sepertimana permulaanya" . Zaman mana yang disebutkan di dalam hadis tersebut? Kita sedar tak di zaman mana kita berada sekarang? Kita sedar tak berapa banyak masa lagi yang kita ada? Kita sedar tak apa tandanya jika Islam kembali asing seperti dulu? Allahuakhbar..Subhanallah.. Semoga Allah memberi kesedaran kepada kita. Semoga golongan yang kecil ini membawa kesedaran pada golongan yang besar. Kepada yang berasa asing apabila membuat segala perintah Allah,apabila mengikut sunnah Rasulullah SAW,jangan kita sedih dan kecewa apabila dipandang asing oleh mata manusia. Tapi kita perlu sedih dan kecewa jika kita dipandang asing oleh Yang Maha Esa..Wallau'alam..